Ning Baizura | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Ning Baizura binti Sheikh Hamzah 28 Jun 1975 |
Nama lain | Ning, Ning Dalton |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1992–kini |
Pasangan | Omar Sharif Christopher Layton Dalton (k. 2008) |
Anak-anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Soul |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia Artists United RIS Music Wijaya International Musica Studio's |
Pengkarya berkait | Hedi Yunus, Jay Jay, Nikki, Yanie, Nubhan, Shila Amzah, Jaclyn Victor |
Ning Baizura Sheikh Hamzah (lahir 28 Jun 1975) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3] Dilahirkan di Kajang, Selangor, beliau memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun setelah memenangi tempat ketiga di pertandingan Voices of Asia yang berlangsung di Kazakhstan.[4] Beliau menandatangani kontrak bersama pelbagai label rakaman termasuk Sony Music dan telah menerbitkan sebanyak 12 album studio.[5]
Dikenali sebagai penyanyi bersuara soprano dan kehebatan vokalnya yang versatil dan unik,[1][6] antara lagu-lagu yang menjulang nama Ning ialah "Curiga", "Kau dan Aku", "Asmara", "Kembali", "Selagi Ada... (Cinta)", "Awan Yang Terpilu" dan "Bukan Wanita Sempurna".[7] Selain bidang muzik, Ning juga berkecimpung dalam bidang lakonan. Antara filem-filem lakonannya ialah Gemilang (1997), Maria Mariana II (1998), Mimpi Moon (2001), Lady Boss (2005) dan Diva (2007). Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri muzik dan lakonan, termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.[8][9]