Noh, Nō, (Bahasa Jepun: 能) atau Nōgaku (能楽) adalah bentuk muzik klasik Jepun utama yang telah dipentaskan semenjak abad ke-14. Bersama dengan farsa kyogen yang berkait rapat, ia beransur berubah dari pelbagai bentuk kesenian aristokratik dan rakyat yang popular, termasuk Dengaku, Shirabyoshi, dan Gagaku. Sungguhpun perkembangan Noh adalah perlahan dan diolah selama beberapa abad, asalnya dapat dijejak kepada pementasan Nuo China (傩戏), Sarugaku, dan pementasan rakyat.