Untuk erti kata lain bagi perkataan ini, sila lihat Nombor (nyahkekaburan).
Nombor (Tulisan Jawi: نومبور) ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.
Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala. Algebra niskala ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggang dan medan.
'¡== Jenis nombor == Nombor boleh dikelaskan kepada set yang dipanggil sistem nombor. Untuk kaedah-kaedah menyatakan nombor dengan simbol, sila lihat sistem angka.