Noordin Mat Top | |
---|---|
![]() Gambar dari laman FBI | |
Kelahiran | Noordin Mohammad Top |
Status | Meninggal dunia |
Pekerjaan | Pembiaya dan pelatih kumpulan serpihan Jemaah Islamiyah (Suspek) |
Pasangan | Siti Rahmah Rusdi Mufiatun |
Noordin Mohammad Top (11 Ogos 1968 – 17 September 2009) juga dikenali sebagai Noordin Mat Top (Noordin), Din Moch Top, Muh Top, atau Mat Top merupakan militan Islam berbangsa Melayu, Malaysia keturunan jawa indonesia yang paling dikehendaki Indonesia[1] dan pengganas paling dikehendaki Asia.[2]Akhirnya, beliau mati pada 17 September 2009 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia akibat terkena tembakan pasukan elit antikeganasan Indonesia 'Detasmen Khusus 88' (Densus 88) . Noordin Mat Top bekerjasama dengan seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Dr. Azahari Husin juga berasal dari Johor.