Nora (penyanyi)


Nora

Kelahiran
Wan Norafizah binti Wan Ariffin

(1973-07-26) 26 Julai 1973 (umur 51)
Nama lainNora, Nora J, Nora Ariffin
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1991–kini
Pasangan
Anak-anak4 (termasuk Alif Johan)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music, BMG, JAM Records, Universal Music, Warner Music, JNSB
Pengkarya berkait
Johan Nawawi, Voices of Ummi, Casey Subramaniam

Yang Berbahagia Datuk Wan Nora Afiza Dato’ Haji Ariffin (lahir 26 Julai 1973) atau lebih dikenali sebagai Nora ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Nora mula bergiat aktif dalam dunia seni suara apabila beliau dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada tahun 1991. Beliau pada mulanya menggunakan mononim Nora pada tahun-tahun terawal kerjayanya, namun sejak kebelakangan ini, beliau telah membuat persembahan di bawah nama Nora J. atau Nora Ariffin.[3][4] Beliau mengikat kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan muncul bersama album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits "Di Persimpangan Dilema" ciptaan Adnan Abu Hassan.[5] Susulan itu, Nora terus mengecapi kejayaan komersial dan kritis menerusi album-albumnya yang dikeluarkan bermula pada pertengahan 1990-an.

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Katakanlah", "Debaran", "Renungan Terakhir", "Naluri (Hadirlah Kekasih)", "Hanyalah Satu", "Menyemai Cinta Bersamamu", "Mata" dan "Kau Tak Pernah Jauh". Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bidang muzik termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu dan disifatkan antara penyanyi yang amat popular pada era 1990-an, sezaman dengan Amy Mastura, Ziana Zain, Ning Baizura, Erra Fazira dan Siti Nurhaliza. Pada tahun 2016, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketiga.

  1. ^ Azian Adnan (16 Februari 1997). "Nora tidak takut gagal". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  2. ^ G. Shanti (28 Jun 1994). "Nora: It's great fun" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  3. ^ Penyanyi Nora Mahu Dikenali 'Nora J' mStar Online (27 Julai 2011). Dicapai pada 15 November 2011.
  4. ^ Pegangan agama, rahsia kebahagian Nora Johan Sinar Harian. Dicapai pada 15 November 2013.
  5. ^ "Nora mahu tampil identiti sendiri". Berita Harian. 27 Jun 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne