Geography | |
---|---|
Lokasi | Eropah |
Koordinat | 74°N 56°E / 74°N 56°EKoordinat: 74°N 56°E / 74°N 56°E |
Keluasan | 55,200 km2 (21,300 bt2) |
Pentadbiran | |
Rusia | |
Demografik | |
Penduduk | 2,716 (2002) |
Novaya Zemlya (Rusia: Но́вая Земля́, transliterasi: Tanah Baru) atau juga dikenali dalam bahasa Belanda sebagai Nova Zembla dan dalam bahasa Norway sebagai Gåselandet (lit. Tanah Angsa) merupakan sebuah kepulauan yang terletak di utara Rusia dekat Lautan Artik. Kepulauan ini juga merupakan titik paling timur bagi benua Eropah di Tanjung Flissingsky. Ditadbir dibawah Daerah Novaya Zemlya, ia adalah salah satu daripada 21 buah daerah dalam Wilayah Arkhangelsk, Rusia.[1] Jumlah penduduknya ialah 2,429 orang (menurut hasil awal bancian 2010) dengan 1,972 penduduk menetap di Belushya Guba, sebuah penempatan jenis-bandar yang merupakan pusat pentadbiran Daerah Novaya Zemlya.
Populasi penduduk asli (dari 1872 ke tahun 1950-an apabila ditempatkan semula ke tanah besar)[2][3] ialah kira-kira 30 hingga 500 orang Nenets.[4] Antara aktiviti puak ini ialah memancing, menjerat haiwan, mengembala rusa kutub serta memburu beruang kutub dan anjing laut.[5][6]