Nur Fathiah Diaz | |
---|---|
![]() Fathiah semasa mempromosikan BoBoiBoy Movie 2 bersama TGV Cinemas | |
Kelahiran | Nur Fathiah binti Diaz 20 Oktober 1999 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Puan Thiah |
Kerakyatan | ![]() |
Pekerjaan | Pelakon, pelakon suara, artis, penyanyi, guru bahasa Inggeris |
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Imran (2023-kini) |
Saudara | Muhammad Fathi Diaz (adik) |
Keluarga | Diaz Mohd Bahauddin (bapa) Azlinda Mohd Alias (ibu) |
Nur Fathiah Diaz (lahir pada 20 Oktober 1999) ialah seorang aktris, pelakon suara, artis, dan penyanyi Malaysia. Beliau terkenal kerana membintangi suara watak sebagai Upin & Ipin selama tiga musim. Pada musim ke-4 siri Upin & Ipin, beliau digantikan oleh Asyiela Putri. Beliau kini merupakan pengisi suara bagi watak BoBoiBoy dan siri animasi BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy dan filem rancangan tersebut.