Oberon (bulan)

Oberon
اوبرون
Gambar Oberon yang diambil oleh Voyager 2 pada 24 Januari 1986. Sejumlah kawah hentaman dapat dilihat. Kawah Hamlet, di bahagian tengah bawah, mempunyai bahan gelap di dasarnya; di bahagian atas kiri terdapat kawah Othello yang lebih kecil. Di kiri bawah terdapat gunung setinggi 11 km, kemungkinan puncak tengah kawah lain. Mommur Chasma pula berada di bahagian kanan atas.
Penemuan
Ditemui olehWilliam Herschel
Tarikh penemuan11 Januari 1787[1]
Designasi
Sebutan/ˈbərɒn/ OH-bər-on
Dinamakan sempenaOberon, raja pari-pari mitos dalam karya Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas
Nama alternatifUranus IV
AdjektifOberonian[2]
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor583 520 km[3]
Kesipian0.0014[3]
Tempoh orbit13.463 234 h[3]
Kecondongan0,058° (ke khatulistiwa Uranus)[3]
SatelitUranus
Ciri-ciri fizikal
Min jejari761.4 ± 2.6 km (0.1194 Bumi)[4]
Luas permukaan7 285 000 km²[a]
Isi padu1 849 000 000 km³[b]
Jisim3.014 ± 0.075 × 1021 kg (5,046 × 10−4 Bumi)[5]
Min ketumpatan1.63 ± 0.05 g/cm³[5]
Graviti permukaan khatulistiwa0.348 m/s²[c]
Halaju lepas0.726 km/d[d]
Tempoh putaranDianggap segerak[6]
Albedo
  • 0.31 (geometrik)
  • 0.14 (Bond)[7]
Suhu70–80 K[8]
Magnitud ketara14.1[9]
Tekanan atmosferaSifar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Oberon (Tulisan Jawi: اوبرون) atau juga disebut sebagai Uranus IV ialah bulan utama terjauh bagi planet Uranus. Ia merupakan bulan kedua terbesar Uranus dan yang kesepuluh terbesar dalam Sistem Suria. Oberon ditemui oleh William Herschel pada tahun 1787 dan namanya berasal daripada nama raja pari-pari mitos dalam Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas karya William Shakespeare. Sebahagian orbit Oberon berada di luar magnetosfera Uranus.

Oberon mungkin terbentuk daripada cakera akresi yang mengelilingi Uranus setelah pembentukan planet. Bulan ini terdiri daripada ais dan batu-batuan, dan ia mungkin dibezakan melalui teras yang berbatu dan mantel yang berais. Lapisan air mungkin wujud di antara mantel dan teras. Permukaan Oberon yang berwarna gelap dan sedikit merah, kelihatannya terbentuk melalui hentaman asteroid dan komet. Ia dilitupi dengan pelbagai jenis kawah hentaman dengan diameter mencecah sehingga 210 km. Di Oberon juga terdapat rangkaian chasma (graben atau tubir sesar) yang terbentuk ketika sambungan kerak sebagai akibat perluasan bahagian dalam semasa evolusi awal.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Herschel 1787
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Shakespeare
  3. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama orbit
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Thomas 1988
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Jacobson Campbell et al. 1992
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Smith Soderblom et al. 1986
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Karkoschka 2001, Hubble
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Grundy Young et al. 2006
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Newton Teece 1995


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne