Obsidianus (nama Latin : obsidianus sempena Obsidius yang menemukan batuan ini di Habsyah,[ 3] bahasa Inggeris : obsidian ) ialah suatu kaca gunung berapi alami yang wujud sebagai batu igneus terobosan.[ 4] [ 5] Batuan ini dibentuk hasil pembekuan bahan asalnya, lava kaya galian feldspar yang cepat menyejuk dengan sambil kurang menghablur.[ 6] Setempatnya dalam Asia Tenggara, ia paling dekat ditemukan di pulau-pulau Sumatera (terutamanya sekitar Danau Kerinci ), Jawa (di kaki Gunung Kendang ), Tidore , Sulawesi dan Luzon .[ 7]
Obsidianus adalah seperti suatu mineral , tetapi bukanlah mineral sebenar kerana tidak mempunyai bentuk hablur serta mempunyai komposisi yang terlalu pelbagai untuk dikelaskan sebagai sebuah mineral. Obsidianus kadangkala dirujuk sebagai sebuah mineraloid .[ 8]
Pada zaman dahulu, obsidianus digunakan untuk menghasilkan alatan tajam seperti pemotong dan pernah digunakan sebagai bilah pisau pembedahan .[ 9]
^ Peter Roger Stuart Moorey (1999). Ancient mesopotamian materials and industries: the archaeological evidence . Eisenbrauns. m/s. 108–. ISBN 978-1-57506-042-2 .
^ Geological Survey (U.S.) (1981). Geological Survey (U.S.) . The Survey. m/s. 185–.
^ Plinius yang Tua . Naturalis Historia. LXVII.
^ John P. Rafferty (August 2011). Rocks. The Rosen Publishing Group. pp. 97–. ISBN 978-1-61530-492-9 .
^ I-science I' 2006 Ed. Rex Bookstore, Inc. pp. 127–. ISBN 978-971-23-4399-5 .
^ M E Malainey. A Consumer's Guide to Archaeological Science: Analytical Techniques , Springer, 2010 ISBN 1441957030
^ Spriggs, Matthew; Reepmeyer, Christian; Lape, Peter; Neri, Leee; Ronquillo, Wilfredo P.; Simanjuntak, Truman; Summerhayes, Glenn; Tanudirjo, Daud; Tiauzon, Archie (November 2011). "Obsidian sources and distribution systems in Island Southeast Asia: a review of previous research". Journal of Archaeological Science . 38 (11): 2874–9. doi :10.1016/j.jas.2011.06.015 .
^ Pan Ming Huang, Yuncong Li, Malcolm E. Sumner (editors) (2012). Handbook of Soil Sciences: Properties and Processes (Second Edition) . Boca Raton: CRC Press. m/s. 20–24. ISBN 978-1-4398-0306-6 . CS1 maint: multiple names: authors list (link ) CS1 maint: extra text: authors list (link )
^ Brian Cotterell; Johan Kamminga (1992). Mechanics of pre-industrial technology: an introduction to the mechanics of ancient and traditional material culture . Cambridge University Press. m/s. 127–. ISBN 978-0-521-42871-2 . Dicapai pada 9 September 2011 .