Ocean Ranger

Gambaran ketahanan pelantar gerudi Ocean Ranger terhadap rogue wave.
1 – Untuk perbandingan, gelombang Draupner 59 kaki/18 m
2 – 28 kaki/8.5 m
3 – Lokasi bilik kawalan balast

Ocean Ranger adalah sebuah pelantar gerudi luar pantai boleh gerak separa tenggelam yang karam di perairan Kanada pada 15 Februari, 1982. Ia sedang menjalankan aktiviti penggerudian di sebuah telaga eksplorasi di kawasan Grand Banks, 267 kilometer (166 bt) timur St. John's, Newfoundland, untuk Mobil Oil of Canada, Ltd. (MOCAN) bersama-sama 84 orang krew semasa tenggelam. Tiada mangsa yang terselamat dalam kemalangan ini.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne