Jeneral Besar Omar Bradley | |
---|---|
Nama lahir | Omar Nelson Bradley |
Nama samaran | "Brad", "G.I.General" |
Kelahiran | Randolph County, Missouri | 12 Februari 1893
Meninggal dunia | 8 April 1981 New York City, New York | (umur 88)
Disemadikan | Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington Daerah Arlington, Virginia, A.S. |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1915–1981 |
Pangkat | Jeneral Angkatan Darat |
Arahan | Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat Divisyen Ke-82 Infantri Divisyen Ke-28 Infantri Kor II AS Tentera Darat Pertama Kumpulan Tentera Darat Ke-12 |
Pertempuran | Perang Dunia II Perang Korea |
Anugerah | Silver Star Legion of Merit (2) Bronze Star Presidential Medal of Freedom Croix de guerre Luxembourg War Cross Order of Polonia Restituta (Commander's Cross) Order of Suvorov (1st Class) Order of Kutuzov (1st Class) Order of the Bath (Knight Commander) |
Tandatangan |
Jeneral Angkatan Darat Omar Nelson Bradley (12 Februari 1893 – 8 April 1981) ialah seorang panglima perang Tentera Darat Amerika Syarikat di Afrika Utara dan Eropah semasa Perang Dunia II. Dari pendaratan Normandy sehinggalah perang berakhir di Eropah, Bradley telah memerintah seluruh angkatan tentera darat A.S. yang menceroboh Jerman dari arah barat; kesudahannya beliau memerintah 43 divisyen dan 1.3 juta anggota, iaitu kumpulan terbesar askar Amerika yang pernah berkhidmat dibawah seorang panglima perang AS. Selepas perang, Bradley memimpin Pentadbiran Veteran dan menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat. Pada tahun 1949, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama yang pertama, dan pada tahun berikutnya menyelia pembuatan polisi untuk Perang Korea, sebelum bersara dari tentera pada tahun 1953.
Jeneral Bradley merupakan orang terakhir daripada sembilan pegawai tertinggi yang menyandang pangkat lima bintang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat.