One Wish: The Holiday Album adalah album studio keenam dari penyanyi Amerika, Whitney Houston, yang diterbitkan pada 18 November 2003. Ini adalah album Krismas, dan ianya mencapai kejayaan yang hebat dimana lagu persembahannya One Wish (for Christmas), telah berjaya mencapai 20 teratas didalam Carta Kontemporari Dewasa di Billboard US. Album ini telah menduduki carta selama enam minggu di Billboa d 200, dan pada Januari 2018, album ini telah menerima anugerah emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika bagi jualan album yang mencapai lebih 500,000 salinan. One Wish turut menampilkan duet Whitney bersama anak perempuannya, Bobbi Kristina melalui lagu The Little Drummer Boy. Malah, album ini turut memuatkan lagu Joy To The World, dan Who Would Imagine a King dimana kedua-dua lagu ini juga dimuatkan didalam album runut bunyi filem The Preacher's Wife pada 1996.
One Wish: The Holiday Album | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 18 November 2003 | |||
Dirakamkan pada | 1996, 2002-2003 | |||
Genre | Krismas, R&B, Pop, Holiday, Gospel | |||
Panjang | 43:15 | |||
Bahasa | Bahasa Inggeris ![]() | |||
Syarikat | Arista | |||
Penerbit | Whitney Houston Mervyn Warren Troy Taylor Gordon Chambers Barry Eastmond | |||
Kronologi Whitney Houston | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |