OpenBSD merupakan sistem pengendalian berasaskan BSD yang selamat, boleh didapati secara percuma dan menyokong pelbagai-platfom. OpenBSD lebih menumpukan kepada keselamatan dan mengikut piawaian. Ia dibangunkan secara berhati-hati dan kod sistemnya diaudit secara proaktif, yang menghasilkan kestabilan dan keselamatan OpenBSD. Projek tersebut diketuai oleh Theo de Raadt dari Calgary, Alberta, Kanada.
Seperti BSD sumber terbuka dan percuma yang lain, OpenBSD diedarkan dibawah lesen BSD moden.