Operasi Dragoon | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah dan Perang Dunia II Kancah Eropah | |||||||||
Armada serbuan Operasi Dragoon di luar pantai Selatan Perancis | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Amerika Syarikat Perancis United Kingdom Kanada[note]Bantuan udara: Australia Afrika SelatanBantuan laut: Yunani New Zealand | Jerman Nazi | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Jacob L. Devers Alexander Patch Jean de Tassigny Henry Kent Hewitt John K. Cannon | Johannes Blaskowitz Friedrich Wiese | ||||||||
Unit terlibat | |||||||||
FFI Armada Kelapan MAAF | |||||||||
Kekuatan | |||||||||
Pendaratan awal151,000 anggota[1]Seluruh angkatan penyerbuan576,833 anggota[2]Penentang Perancis75,000 anggota[3] | Pendaratan awal85,000–100,000 anggota[4]1,481 pucuk artileri[5]Selatan Perancis285,000–300,000 anggota[4] | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
15,574 kasualti[6]
| 7,000 terkorban~21,000 cedera131,250 ditawan[8][9][10]1,316 pucuk artileri[11]Jumlah: ~159,000 |
Operasi Dragoon (pada mulanya Operasi Anvil) adalah nama samaran bagi operasi pendaratan Pihak Bersekutu ke atas Provence (Perancis Selatan) pada 15 Ogos 1944. Operasi ini pada awalnya dirancang untuk dilaksanakan bersamaan dengan Operasi Overlord, iaitu pendaratan Bersekutu di Normandy, tetapi kekurangan sumber-sumber yang ada menyebabkan pendaratan kedua dibatalkan. Menjelang bulan Julai 1944 pendaratan itu dipertimbangkan semula, kerana pelabuhan di Normandy semakin sesak dan tidak mempunyai keupayaan untuk membekalkan tentera Bersekutu dengan secukupnya. Pada masa yang sama, Pemerintah Tertinggi Perancis mendesak pengembalian semula operasi yang akan melibatkan sejumlah besar tentera Perancis. Maka, operasi tersebut akhirnya diluluskan pada bulan Julai dan akan dilaksanakan pada Ogos.
Matlamat penyerbuan adalah untuk melindungi pelabuhan-pelabuhan penting di pantai Mediterranean Perancis dan menambah tekanan ke atas tentera Jerman dengan membuka satu lagi barisan depan. Selepas beberapa operasi awal komando, Kor VI AS mendarat di pantai Côte d'Azur dibawah perlindungan pasukan petugas tentera laut yang besar, diikuti oleh beberapa divisyen Tentera Darat B Perancis. Mereka ditentang oleh Kumpulan Tentera Darat G Jerman yang berpecah-belah, kini dilemahkan oleh pemindahan divisyen-divisyennya ke perbatasan lain dan diganti oleh askar Ostlegionen yang bermutu rendah dan dilengkapi peralatan usang.
Dihalang oleh penguasaan udara Bersekutu dan penentangan besar-besaran oleh pemberontak Perancis, tentera Jerman yang lemah telah dikalahkan dengan pantas. Askar Jerman berundur ke arah utara melalui lembah Rhône, untuk mendirikan garisan pertahanan yang stabil di Dijon. Unit mudah alih Bersekutu dapat mengatasi Jerman dan menyekat laluan mereka di bandar Montélimar. Pertempuran berikutnya membawa ke jalan buntu, dengan kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kejayaan muktamad, sehinggalah askar Jerman melengkapkan pengunduran mereka dari bandar itu. Sewaktu pihak Jerman sedang berundur, tentera Perancis berjaya menawan pelabuhan penting Marseille dan Toulon, dengan segera mengoperasikannya.
Pihak Jerman tidak dapat mempertahankan Dijon dan mengarahkan pengunduran sepenuhnya dari Selatan Perancis. Kumpulan Tentera Darat G berundur lebih jauh ke utara, dikejar oleh tentera Bersekutu. Pertempuran akhirnya terhenti di pergunungan Vosges, dimana Kumpulan Tentera Darat G akhirnya dapat mendirikan garisan pertahanan yang stabil. Setelah bertemu dengan unit-unit Sekutu dari Operasi Overlord, tentera Bersekutu memerlukan penyusunan semula dan, menghadapi tentangan Jerman yang sengit, penyerangan dihentikan pada 14 September. Operasi Dragoon dianggap berjaya oleh pihak Sekutu. Ia membolehkan mereka membebaskan keseluruhan Selatan Perancis dalam masa hanya 4 minggu sambil menyebabkan korban yang besar bagi pihak Jerman, walaupun sebahagian besar unit-unit terbaik Jerman dapat melepaskan diri. Pelabuhan Perancis yang ditawan mula beroperasi, membolehkan pihak Sekutu menyelesaikan masalah bekalan mereka dengan cepat.