Jumlah penduduk | |
---|---|
3.1 juta (Lembah Kedah - 2008) jumlah sebenar mungkin lebih daripada 5 juta | |
Kawasan ramai penduduk | |
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Malaysia), selatan Thailand & selatan Myanmar | |
Bahasa | |
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Baling dan Bahasa Melayu piawai, Thai, Burma, Inggeris | |
Agama | |
Sunni Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu Malaysia |
Orang Melayu Kedah merupakan antara masyarakat subetnik Melayu yang terbesar. Rata-rata mereka tinggal di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, orang Melayu-Kedah juga turut membentuk komuniti di luar negara khususnya di wilayah-wilayah Selatan Thailand dan bahagian selatan wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar.