Jumlah penduduk | |
---|---|
1,734.7 juta[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Kelantan, sebahagian di Thailand Selatan, Gerik daerah di Perak dan Besut daerah di Terengganu | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu Kelantan (bahasa asal), Bahasa Melayu Standard, Thai (terutama di bahagian sempadan Malaysia-Thailand) | |
Agama | |
Islam (bermazhab Shafi'i, Ahli Sunah Waljamaah) | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu Pattani, Melayu Terengganu, Melayu Pahang |
Orang Melayu Kelantan (Melayu Kelantan: Oghe Nayu Klate) ialah kumpulan sub-etnik Melayu yang berasal dari negeri Kelantan serta di bahagian Terengganu (daerah Besut dan Setiu selatan). Orang Melayu Kelantan berkait rapat dengan Melayu Thailand (terutamanya di Pattani, Narathiwat dan Yala) dan Melayu Terengganu, kedua-dua kumpulan sub-etnik Melayu ini berkongsi sejarah, budaya dan bahasa sebagai serta hubungan persaudaraan dengan orang Melayu Kelantan. Orang Melayu Kelantan membentuk 94% daripada penduduk Kelantan, yang menjadikan mereka kumpulan etnik terbesar di Kelantan diikuti dengan kaum peranakan Cina Kelantan, Siam, Orang Asli dan lain-lain.