ꆈꌠ 彝族 Alternative names: Nuosu | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
9 juta (2010) | |
Kawasan ramai penduduk | |
China: Yunnan, Sichuan, Guizhou, Guangxi Vietnam 4,541 (2009)[1] Thailand Laos 2,203 (2015) | |
Bahasa | |
Yi (majoriti); Mandarin Barat Daya (minoriti) | |
Agama | |
Bimoisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Nakhi, Qiang, Tibet, berkemungkinan Tujia. |
Orang Yi atau Nuosuo (secara sejarahnya dikenali sebagai Lolo)[2] merupakan sebuah kumpulan etnik yang terdapat di China, Vietnam, dan Thailand. Berjumlah seramai 8 juta orang, mereka merupakan kumpulan etnik minoriti ketujuh terbesar yang diiktiraf Republik Rakyat China. Kebanyakan daripada mereka menetap di kawasan terpencil di Sichuan, Yunnan, Guizhou, dan Guangxi, kebanyakannya di kawasan pergunungan. Pada tahun 1999, terpada kira-kira 3,300 orang "Lô Lô" tinggal di Hà Giang, Cao Bằng, dan Lào Cai di Timur Laut Vietnam.
Masyarakat Yi bertutur dalam bahasa-bahasa Lolo, Sino-Tibet yang berkait rapat dengan bahasa Burma dan bahasa Nuosu yang ditulis dalam aksara Yi.