Oscar Niemeyer | |
---|---|
![]() Oscar Niemeyer in 1968 | |
Maklumat peribadi | |
Kewarganegaraan | Brazil |
Lahir | Oscar Ribeiro de Almeida Niemeyer Soares Filho 15 Disember 1907 Rio de Janeiro, Brazil |
Meninggal dunia | 5 Disember 2012 Rio de Janeiro, Brazil | (umur 104)
Alma mater | Escola Nacional de Belas Artes (1934) Universiti Persekutuan Rio de Janeiro |
Hasil kerja | |
Bangunan | |
Projek | Muzium Seni Moden Caracas |
Anugerah |
|
Oscar Ribeiro de Almeida Niemeyer Soares Filho (15 Disember 1907 – 5 Disember 2012), dikenali sebagai Oscar Niemeyer ( disebut [oskaʁ ni.e'majeʁ]), adalah seorang jurubina warga Brazil dianggap sebagai salah satu tokoh-tokoh utama dalam pembangunan seni bina moden. Niemeyer begitu dikenali kerana reka bentuk beliau untuk bangunan-bangunan awam di Brasilia, sebuah kota terancang yang turut menjadi ibu negara baru Brazil pada tahun 1960, serta kerjasamanya dengan arkitek-arkitek lain mereka bentuk ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Penerokaannya mendalami potensi estetika seni dalam binaan konkrit sangat berpengaruh dalam ilmu seni bina pada abad ke-20 dan awal abad ke-21.