Tan Sri Dato' Osman Talib Kurnia Jasa | |
---|---|
Orang Besar Empat Negeri Perak Bendahara Seri Maharaja ke2 | |
Orang Kaya | |
Dalam jawatan 01 Julai 1974 – 09 September 1984 | |
Raja | Al Sultan Hajji Sir Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah II (1974-1982)
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1982-1984) |
Didahului oleh | Chik Mohamad Yusuf |
Digantikan oleh | Syed Zahiruddin Syed Hassan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Osman bin Talib 1925 Gopeng, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 9 September 1984 Makam Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia | (umur 58–59)
Tan Sri Dato' Kurnia Jasa Osman bin Talib (lahir di Gopeng , Perak) dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman.[1] Gabenor Melaka ketika itu ialah Tun Leong Yew Koh . Selepas itu , Tun Abdul Ghafar bin Baba menjadi Ketua Menteri Melaka. Ketika itu , pilihan raya negeri Melaka belum diadakan . Oleh itu selepas merdeka, pegawai kanan kerajaan / Malayan Civil Service (kini digelar PTD, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Osman Talib pernah menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara atau sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhir hayatnya menetap di Bukit Tunku dan meninggal dunia di sana pada 9 September 1984. [2][3] Jenazah beliau dibawa ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Al-Ghufran sebelah Masjid Ubudiah. [4]
Osman Talib pernah menyandang jawatan Orang Kaya Bendahara Perak selepas Datok Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman / CM Yusof. CM Yusof pernah adalah Speaker Parlimen Malaysia / Dewan Rakyat dan berasal dari Tanjung Tualang. [5][6]