Othman Saat | |
---|---|
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 4 Februari 1967 – 4 April 1982 | |
Raja | Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim (1967–1981) Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail (1981–1982) |
Didahului oleh | Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus |
Digantikan oleh | Dato' Abdul Ajib Ahmad |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kesang | |
Dalam jawatan 1974–1982 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Sabariah Ahmad |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Jorak | |
Dalam jawatan 1959–1974 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Mahmud |
Ketua UMNO Bahagian Pagoh | |
Dalam jawatan 1974–1985 | |
Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin |
Ketua UMNO Bahagian Muar Dalam | |
Dalam jawatan 1971–1974 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muar, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 4 April 1927
Mati | 27 Oktober 2007 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | (umur 80)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Rokiah Alwee (m. 1990) Kamariah Bujang Hasmah Hussein |
Anak | 9 |
Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Othman bin Haji Mohamed Saat (4 April 1927 – 27 Oktober 2007) ialah Menteri Besar Johor yang kesebelas dan yang ketiga sejak kemerdekaan Malaya (kini Malaysia). Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal, iaitu 15 tahun antara Februari 1967 hingga April 1982. Seorang peminat kereta mewah, himpunannya pada suatu ketika merangkumi 50 jenis kereta, termasuk Ferrari, Alfa Romeo, Daimler-Benz dan Jaguar. Bagaimanapun, beliau hanya mempunyai sebuah kereta Mercedes S400 dengan nombor plat kegemarannya, JDN 7 sehingga ke akhir hayatnya.[1]