PT Kereta Api Indonesia (Persero) (ڤي.تي کريت اڤي ايندونيسيا (ڤرسيرو | |
---|---|
![]() Peta sistem | |
Lokasi | Pulau Jawa, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Sumatera Selatan dan Lampung |
Tarikh operasi | 1945–kini |
Tolok landasan | 1435 (Tolok piawai) 1,067 milimeter (3 ka 6.0 in) (Tolok Cape) 750 (Tolok sempit) |
Panjang | 5,042 kilometer (3,133 bt) |
Ibu pejabat | Jalan Perintis Kemerdekaan 1, Bandung, 40117, Indonesia |
Laman sesawang | https://www.kai.id |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
PT Kereta Api Indonesia (Persero) adalah syarikat milik pemerintah Indonesia yang menyelenggarakan pengangkutan kereta api. Perkhidmatan syarikat ini meliputi pengangkutan penumpang dan barang. Pada akhir Mac 2007, Dewan Perwakilan Rakyat mengesahkan semakan undang-undang No. 13/1992 yang menegaskan bahawa pelabur swasta mahupun pemerintah daerah diberi peluang untuk menguruskan perkhidmatan pengangkutan kereta api di Indonesia.
Pada 14 Ogos 2008, Kereta Api Indonesia melakukan pemisahan dengan Divisyen Jabotabek dan menjadi KA Commuter Jabodetabek. Anak syarikat ini mengendalikan perkhidmatan kereta api komuter di kawasan bandar raya Jakarta dan sekitarnya.
Penguatkuasaan undang-undang Perkeretaapian No. 23/2007 menamatkan monopoli PT Kereta Api Indonesia (Persero) dalam mengendalikan kereta api di Indonesia.