PV-1000

Casio PV-1000
PengilangCasio
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitJepun Oktober 1983
DitamatkanOktober 1983
Sistem pengendaliantiada
CPUZilog Z80A dengan kelajuan 3.579 MHz
InputPengawal kayu ria
Kameratiada

Casio PV-1000 (ぴーぶいせん, Pi Bui-Sen) merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dikeluarkan oleh syarikat elektronik Casio yang berpangkalan di Jepun pada tahun 1983. Pada tahun yang sama juga, Casio mengeluarkan sebuah komputer model PV-2000, yang tidak mempunyai kebolehan menjana permainan video seperti PV-1000.

Walau bagaimanapun, konsol ini dikatakan gagal kerana spesifikasinya yang menggunakan teknologi yang sudah ketinggalan zaman. Kesannya, Casio gagal mendapatkan keuntungan dan nilai pasaran yang tinggi untuk konsol ini dan konsol ini hanya bertahan di pasaran tidak lama selepas tarikh pelancarannya[1].

  1. ^ Dark Watcher. "Casio PV-1000". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 20 Julai 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne