Padma Purana

Padma Purana (Sanskrit: पद्मपुराण atau पाद्मपुराण, Padma-Purana atau Pādma-Purana) adalah teks kedua daripada lapan belas Mahapurana, iaitu genre teks dalam agama Hindu. Nama Purana ini dinamakan "Padma" bermaksud teratai, iaitu teratai pada tangan Vishnu.

Vishnu bersemayam di atas bunga teratai (Padma) dan memegang sekuntum teratai.

Nampaknya terdapat dua versi utama—versi Bengal dan versi India Selatan—bagi purāṇa ini, walaupun hanya versi India Selatan yang telah dicetak.

Jumlah keseluruhan grantha atau ayat adalah sebanyak 55,000, yang dibahagikan kepada 690 adhyāya atau bab yang dimuatkan dalam enam khaṇḍa atau buku.

Purana ini telah digolongkan dalam kategori Sattva purana dan diklasifikasikan sebagai sebuah teks Vaishnava.

Purana ini mungkin berkembang sepanjang tempoh dari tahun 600 hingga 1400 Masihi. Pada dasarnya walaupun Purana ini memuji keagungan Vishnu, ia tidak bersikap antagonistik dengan sebarang mazhab atau agama lain. Tuhan Siva dan Tuhan Shakti juga sangat dihormati dalam teks ini.[1] [2] Ia juga memberikan maklumat tentang tempat-tempat suci di seluruh India.[3]

  1. ^ Dalal, Rosen (2014). Hinduism: An Alphabetical Guide. Penguin. ISBN 978-8184752779.
  2. ^ Rocher, Ludo (1986). The Puranas. Otto Harrassowitz Verlag. ISBN 978-3447025225.
  3. ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne