Dengan bajet produksi sebanyak ₹2.15 bilion (AS$32 juta), Padmaavat merupakan salah satu filem termahal India.[7][8][9] Pada awalnya, ia dicadang untuk ditayangkan pada 1 Disember 2017, namun Padmavat berhadapan dengan pelbagai kontroversi sehingga memaksa penayangannya ditangguhkan. Pada bulan Disember, Lembaga Pusat Pensijilan Filem India telah meluluskan filem ini dengan beberapa perubahan termasuklah memasukkan beberapa penafian dan perubahan judul.[10][11]Padmaavat telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 25 Januari 2018 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D, menjadikan ia filem India pertama dalam format IMAX 3D.[12]
Padmaavat menerima kritikan bercampur. Pujian diberikan keatas visual, sinematografi dan lakonan Ranveer Singh sebagai Khilji, namun dikritik mengenai beberapa perkara termasuk aspek dalam adat istiadat patriarki regresif.[13] Pengkritik juga tidak menyukai watak Khilji yang sering digambarkan sebagai raja Islam yang kejam dan Ratan Singh sebagai raja Hindu yang adil.[14][15][16][17][18][19][20] Walaupun tidak ditayangkan di beberapa buah negeri dalam India, ia mencatat keuntungan melebihi ₹5.85 bilion (AS$87 juta) menjadikannya salah satu filem India dengan pendpatan tertinggi sepanjang masa.[21][22]