Paganisme

Sebuah patung marmar Jupiter, raja dewa Rom

Paganisme (daripada bahasa Latin pāgānus yang bermaksud 'luar bandar' atau 'desa'; kemudian membawa erti 'orang awam') ialah istilah yang kali pertama digunakan pada abad ke-4 oleh Kristian awal dalam Empayar Rom untuk merujuk kepada golongan yang mempraktikkan politeisme[1] atau agama etnik selain Agama Yahudi. Pada zaman Empayar Rom, seseorang dianggap dalam kalangan pagan sama ada kerana mereka menetap di kawasan desa, jauh daripada penempatan Kristian yang berkembang, atau kerana tidak termasuk dalam kumpulan milites Christi (prajurit Kristus).[2][3] Istilah alternatif yang digunakan dalam teks Kristian termasuk hellene, gentile, dan heathen.[1] Ritual korban menjadi elemen penting dalam agama Yunani-Rom purba[4] dan berfungsi sebagai penanda sama ada individu itu pagan atau Kristian.[4] Secara meluas, paganisme turut dikaitkan dengan “agama orang petani”.[1][5]


Selepas Zaman Pertengahan dan seterusnya, istilah paganisme digunakan untuk merujuk mana-mana agama bukan Kristian, dengan anggapan bahawa ia menyembah “tuhan-tuhan palsu”.[6][7] Asal-usul penerapan perkataan "pagan" terhadap agama berkepercayaan politeisme masih diperdebatkan.[8] Menjelang abad ke-19, ada kalangan kumpulan seni yang terinspirasi daripada dunia kuno menggunakan label paganisme bagi menggambarkan diri mereka. Manakala pada abad ke-20, label ini mula digunapakai oleh pengamal paganisme moden, gerakan pagan moden dan rekonstruksionisme politeistik. Kebanyakan paganisme moden mengamalkan dan percaya dalam pemujuaan alam, membezakannya daripada kebanyakan agama utama dunia.[9][10]

Maklumat terkini berkenaan agama lama dan kepercayaan pagan disumbangkan oleh beberapa sumber, termasuk rekod kajian lapangan antropologi, bukti artifak arkeologi, serta catatan penulis purba tentang budaya yang wujud dalam lingkungan Baharian klasik. Majoriti agama pagan moden kini mengamalkan kefahaman yang bersifat panteistik, panenteistik, politeistik atau animistik, namun ada juga yang monoteistik.[11][12][13]

  1. ^ a b c Brown, Peter (1999). "Pagan". Dalam Bowersock, Glen Warren; Brown, Peter; Grabar, Oleg (penyunting). Late Antiquity: A Guide to the Postclassical World. Harvard University Press. m/s. 625–26. ISBN 978-0-674-51173-6.
  2. ^ J. J. O'Donnell (1977), Paganus: Evolution and Use Diarkibkan 29 Mac 2019 di Wayback Machine, Classical Folia, 31: 163–69.
  3. ^ Augustine, Divers. Quaest. 83.
  4. ^ a b Jones, Christopher P. (2014). Between Pagan and Christian. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-72520-1.
  5. ^ Owen Davies (2011). Paganism: A Very Short Introduction. Oxford University Press. m/s. 1–2. ISBN 978-0-19-162001-0.
  6. ^ Aitamurto, Kaarina (2016). Paganism, Traditionalism, Nationalism: Narratives of Russian Rodnoverie. Routledge. m/s. 12–15. ISBN 978-1-317-08443-3.
  7. ^ Owen Davies (2011). Paganism: A Very Short Introduction. Oxford University Press. m/s. 1–6, 70–83. ISBN 978-0-19-162001-0.
  8. ^ Davies, Owen (2011). Paganism: A Very Short Introduction. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0191620010.
  9. ^ Paganism, Oxford Dictionary (2014)
  10. ^ Paganism Diarkibkan 25 Jun 2018 di Wayback Machine, dalam The Encyclopedia of Religion and Nature, Bron Taylor (2010), Oxford University Press, ISBN 978-0199754670
  11. ^ Lewis, James R. (2004). The Oxford Handbook of New Religious Movements. Oxford University Press. m/s. 13. ISBN 0-19-514986-6.
  12. ^ Hanegraff, Wouter J. (1006). New Age Religion and Western Culture: Esotericism in the Mirror of Secular Thought. Brill. m/s. 84. ISBN 90-04-10696-0.
  13. ^ Cameron 2011, m/s. 28, 30.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne