Pahang FA

Pahang FA
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Pahang
GelaranTok Gajah
Diasaskan1959; 66 tahun yang lalu (1959)
StadiumStadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang
(Kapasiti: 45,000)
PresidenPahang YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Mohammed Suffian Awang
JurulatihMalaysia Dollah Salleh
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-2
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Pahang atau dikenali sebagai Pahang Fa merupakan pasukan yang diuruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, selepas menjuarai Liga Super 2004 kemudian muncul Naib juara Liga Premier 2012 dan layak ke juara play-off Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah dijenamakan daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari 2016. Namun pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan demi memastikan sokongan padu peminat Pahang dengan mengekalkan nama Pahang FA.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne