Pakaian sama sendat

Leotard ialah pakaian sama sendat

Pakaian sama sendat (Jawi: ڤاكاين سام سندت‎ ​) adalah pakaian yang mengulit pada badan, biasanya disebabkan penggunaan fabrik elastik yang memberikan siluet yang ketat dan mengikut bentuk badan. Pengenalan fabrik regangan komersial, seperti spandeks atau Lycra, pada tahun 1962 menandakan titik perubahan yang signifikan dalam industri pakaian. Bahan-bahan inovatif ini membolehkan penciptaan pelbagai jenis pakaian sama sendat, termasuk stoking, sarung badan, baju mandi, dan coli wanita, yang biasanya direka bentuk untuk mengena pada badan bagi tujuan tertentu. Istilah pakaian seketat kulit atau ketat kulit juga terdapat dalam terjemahan umum untuk skin-tight garment tetapi tiada di dalam Daftar Istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka manakalah istilah sama sendat wujud di dalamnya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne