| |||||
Negara-negara ahli Pakatan Warsaw pada 1956 hingga 1968 | |||||
Ibu pejabat | Moscow, KRSS | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia | ||||
Jenis | Perikatan ketenteraan | ||||
Negara ahli | 7 (8 pada mulanya) | ||||
Pemerintah Tertinggi | Viktor Kulikov (terakhir) | ||||
Penubuhan | 14 Mei 1955 | ||||
Pembubaran | 1 Julai 1991 |
Pakatan Warsaw atau Pertubuhan Perjanjian Warsaw, rasminya bernama Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama (Rusia: Договор о дружбе, сотрудничестве и взаимной помощи ), merupakan perikatan ketenteraan untuk negara komunis Eropah Tengah dan Eropah Timur. Perikatan ini ditubuhkan pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang "ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian Damai Paris. Pakatan ini berkekal sepanjang Perang Dingin sehingga beberapa negara-negara ahli bermula menarik diri pada tahun 1989, diikuti oleh keruntuhan Blok Timur dan perubahan politik di Kesatuan Soviet. Perjanjian ini ditandatangani pada 14 Mei 1955, dan salinan rasmi dibuat dalam Bahasa Rusia, Bahasa Poland, Bahasa Czech dan Bahasa Jerman.