Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat | |
---|---|
![]() Jumlah kes disahkan per juta orang mengikut negeri (setakat Mei 8, 2020[kemas kini]). | |
![]() Jumlah kes disahkan mengikut negeri (setakat Mei 6, 2020[kemas kini]). Tiada kes disahkan
<5,000 kes
5,000–10,000 kes
10,001–25,000 kes
25,001–250,000 kes
>250,000 kes | |
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Amerika Syarikat |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China[1] |
Tarikh ketibaan | 15 Januari 2020[2] (5 tahun, 1 bulan, 3 minggu dan 4 hari) |
Kes yang disahkan | 1,342,594 (CDC, termasuk kes mungkin) 1,369,574 (JHU, termasuk kes mungkin) |
Sembuh | 230,287 (JHU)[3] |
Kematian | 80,820 (CDC, termasuk kematian mungkin)[4] |
Laman web rasmi | |
coronavirus |
Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang berlaku, penyakit berjangkit baru yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut yang teruk 2 (SARS-CoV-2), merebak ke Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2020. Kes telah berlaku di semua lima puluh negeri AS, Daerah Columbia, dan semua wilayah AS yang didiami kecuali Samoa Amerika.[5] Semua lima puluh negeri telah menerima pernyataan bencana dari kerajaan persekutuan.[6] Sehingga 21 April, kadar kematian AS ialah 129 per juta penduduk dan ke-10 tertinggi dalam hubungannya dengan negara lain yang melaporkan.[7] Pada 28 April, kes disahkan di AS telah mencecah angka satu juta kes dengan jumlah kematian yang dikatakan melebihi jumlah kematian akibat Perang Vietnam.[8]
Kes COVID-19 pertama diketahui di AS disahkan pada 20 Januari 2020, iaitu seorang wanita berusia 35 tahun yang telah kembali dari Wuhan, China, lima hari sebelumnya.[2] Pada 29 Januari, Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih ditubuhkan.[9] Dua hari kemudian, pentadbiran Trump mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengumumkan larangan kebanyakan warganegara asing datang dari China.[10][11] Pada 26 Februari, seseorang yang "tidak terdedah kepada virus melalui perjalanan atau hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti diketahui" disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).[12] Namun begitu, tindakan AS dalam menanangi pandemik pada peringkat awal disifatkan sebagai perlahan,[13] dan Trump dikatakan optimis dengan kawalan pandemik, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 di AS adalah terkawal.[14] Sebuah darurat kebangsaan telah diisytiharkan oleh Trump pada 13 Mac.
'Foreign nationals other than immediate family of U.S. citizens and permanent residents who have traveled in China in the last 14 days will be denied entry into United States,' Azar said.