Pandemik COVID-19 di Asia | |
---|---|
![]() Peta pandemik koronavirus di Asia setakat 29 Mac 2020
tiada kes disahkan
1–9 kes disahkan
10–49 kes disahkan
50–99 kes disahkan
100–499 kes disahkan
500–999 kes disahkan
1000–4999 kes disahkan
5000–9999 kes disahkan
10000+ kes disahkan
kes yang disyaki | |
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Asia |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China[1] |
Kes indeks | 1 Disember 2019 (5 tahun, 2 bulan, 2 minggu dan 5 hari lalu) |
Kes yang disahkan | 332.622[2][3] |
Sembuh | 159.945[2][3] |
Kematian | 12.019[2][3] |
Wilayah | 49[3] |
Pandemik koronavirus 2019–20 bermula di Wuhan, Hubei, China, dan telah tersebar luas ke seluruh benua Asia. Sehingga 30 April 2020, sekurang-kurangnya terdapat 1 kes COVID-19 telah dilaporkan pada setiap negara di Asia, kecuali Turkmenistan, dan Korea Utara selepas negara Asia terakhir mencatatkan kes COVID-19 iaitu Tajikistan. Angka kes tertinggi di Asia pada masa ini terdapat di India, Turki dan Iran, dengan angka yang terus meningkat dilaporkan di beberapa negara Asia Tenggara.
Beberapa negara Asia Tenggara mengalami peningkatan jumlah kes berikutan Jemaah Tabligh yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac di sebuah masjid di Kuala Lumpur, yang mana banyak orang yang disyaki telah dijangkiti.[4][5] Peristiwa serupa di India dan Pakistan juga telah menyebabkan peningkatan jumlah kes di negara-negara tersebut.