Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik penyakit ini untuk semua tempat. |
Rencana ini perlu dikemas kini.(Mei 2021) |
Pandemik COVID-19 di Indonesia | |
---|---|
![]() Kes per satu juta dari setiap provinsi | |
![]() Kes disahkan dari setiap provinsi | |
![]() Kes kematian dari setiap provinsi | |
![]() Kes sembuh dari setiap provinsi | |
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Indonesia |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Kes indeks | Jakarta |
Tarikh ketibaan | 2 Mac 2020 |
Laman web rasmi | |
covid19 covid19 covid19 |
Pandemik COVID-19 telah disahkan telah tersebar di Indonesia pada 2 Mac 2020.[1][2] Presiden Joko Widodo mengesahkan dua kes koronavirus pertama di negara ini.[3] Menurut Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto, pesakit dijangkiti virus ini dari seorang warga Jepun yang dijangkiti di Depok dan kemudian diuji positif di Malaysia.[1] Kedua-duanya dimasukkan ke hospital (atau "rumah sakit") di Jakarta Utara. Adalah dinasihatkan bahawa sekolah dan kolej memberi cuti amaran kepada pelajar mereka untuk mencegah wabak.[4]
Tambahan 50-70 orang ditahan selepas didapati berhubungan dengan kedua-dua pesakit koronavirus yang disahkan, termasuk mereka yang telah melawat Rumah Sakit Mitra Keluarga Depok, kedua-dua hospital tersebut mengesahkan pesakit yang sebelum ini dimasukkan sebelum dibawa ke hospital Jakarta Utara.[5][6] Pakar-pakar kesihatan bimbang bahawa negara ini tidak dapat mengenal pasti penularan virus.[7]
Setakat 11 Jun 2021[kemas kini], 1,894,025 kes telah disahkan oleh pihak pemerintah Indonesia, terbanyak di Asia Tenggara dengan 106,315 kes aktif, 1,735,144 kes disahkan telah sembuh dan 52,566 kes lainnya diisytiharkan telah meninggal dunia.[8] Semua provinsi di Indonesia telah melaporkan kes disahkan dari wabak ini selepas provinsi Gorontalo menjadi daerah terakhir yang melaporkan kes disahkan pertama dari penyakit ini pada 9 April lepas.
Pulau Jawa saat ini menjadi pusat pandemik dari wabak ini kerana empat dari lima provinsi yang paling terjejas dari wabak tersebut terletak di pulau itu. Kalimantan Timur dan Riau adalah daerah yang terkena dampak paling parah di luar Pulau Jawa.
Daripada melaksanakan penguncian di seluruh negara, pihak pemerintah telah menyetujui pemberlakuan suatu pembatasan sosial berskala besar serata provinsi da pulau negara tersebut iaitu Pembatasan Sosial Berskala Besar (disingkat PSBB). Beberapa daerah sudah menamatkan pemberlakuan PSBB dan mulai menerapkan suatu kenormalan baharu.
|1=
(bantuan)