Pandemik COVID-19 di Terengganu | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Terengganu, Malaysia |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Tarikh ketibaan | 16 Mac 2020 (4 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 1 hari) |
Kes yang disahkan | 80,505 |
Kes aktif | 2,192 |
Sembuh | 77,640 |
Kematian | 673 |
Kadar kematian | 0.84% |
Pandemik COVID-19 telah mula dikesan di Terengganu pada 16 Mac 2020 iaitu 4 kes pertama yang berkaitan dengan Kluster Tabligh Sri Petaling[1]. Terengganu juga menjadi negeri terakhir yang mencatatkan kes COVID-19 di Malaysia.
Terengganu merekodkan kematian pertama COVID-19 pada 5 April 2020 melibatkan kes berumur 67 tahun yang disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[2]
Pada Jun 2020, Terengganu telah diisytiharkan sebagai zon hijau apabila tidak mencatatkan kes aktif[3]. Terengganu kembali mencatatkan kes pada Oktober 2020 impak daripada gelombang ketiga yang melanda negara sejak 20 September 2020[4].