Pandemik selesema 1918

Carta kematian di bandar utama.

Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Pandemik merupakan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1. Kebanyakan yang mati akibat selsema ini adalah para belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.

Selsema Sepanyol terjadi dari Februari 1918 hingga April 1920,[1] dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.[2][3][4][5][6]

  1. ^ Institut Pasteur. La Grippe Espagnole de 1918 (Penyampaian Powerpoint dalam bahasa Perancis)
  2. ^ GF Pyle (1991). "The geography and mortality of the 1918 influenza pandemic". Bull Hist Med. 65 (1): 4–21. PMID 2021692.
  3. ^ Centers for Disease Control and Prevention. Jeffery K. Taubenberger dan David M. Morens. 1918 Influenza: the Mother of All Pandemics, Januari 2006. Dicapai 9 Mei 2010. Arkib 1 Oktober 2009.
  4. ^ Tindall 2007
  5. ^ Molly Billings The Influenza Pandemic of 1918. Human Virology at Stanford. Februari 2005. Dicapai 29/2/2012. Arkib 4 Mei 2009.
  6. ^ NP Johnson, J Mueller (2002). "Updating the accounts: global mortality of the 1918–1920 "Spanish" influenza pandemic". Bull Hist Med. 76 (1): 105–15. doi:10.1353/bhm.2002.0022. PMID 11875246.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne