Panglima Bukit Gantang

YBhg Dato' Panglima Bukit Gantang
Tan Sri Dato' Seri Haji
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz
PMN; SPCM (Perak)
Menteri Besar Perak pertama
Dalam jawatan
1948–1957
Digantikan olehMohamed Ghazali bin Jawi
Maklumat peribadi
Lahir(1905-05-04)4 Mei 1905
Sayong, Kuala Kangsar, Perak
Meninggal dunia15 April 1959(1959-04-15) (umur 53)
Canning Garden Estate, Ipoh, Perak
Parti politikNAP (1953-1959)
UMNO (1946-1953)
Bidang pengkhususanPeguam
Anugerah awamLihat

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (4 Mei 1905 – 15 April 1959) juga dikenali sebagai Dato' Panglima Bukit Gantang merupakan bekas Menteri Besar Perak yang pertama dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu sebagai salah seorang Orang Besar Berempat Perak.

Beliau berasal dari keturunan bangsawan Perak (Orang Besar Berempat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England. Beliau juga salah seorang daripada empat wakil Sultan ke London untuk Rombongan Kemerdekaan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne