Pantai Irama merupakan satu destinasi pelancongan dan DUN baru (sebelum dipanggil Perupok) di Jajahan Bachok, Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan utama di negeri Kelantan dan terletak di pinggir Bandar Bachok, malahan kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai. Terdapat pelbagai gerai makanan di sekitar pantai juga terdapat ramai penjaja yang menjual makanan serta minuman. Di kawasan pantai tersebut juga telah ditubuhkan KFC yang mana masih terdapat sehingga tahun 2023.