Papadom

Papadom
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki
Lakon layarAfdlin Shauki
Cerita olehAfdlin Shauki
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehMindy Wong
Muzik olehPacai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
8 Oktober 2009 (Malaysia)
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.44 juta[1]
Pecah panggungRM 3.40 juta[1]

Papadom merupakan sebuah filem komedi drama keluarga Malaysia tahun 2009 arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan cerita asal.[2][3][4][5] Filem ini diinspirasikan dari filem College Road Trip (2008) terbitan Walt Disney. Ia dibintangi oleh Afdlin sebagai Saadom, seorang peniaga nasi kandar yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan bapa kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang maut dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Liyana Jasmay melakonkan watak sebagai Miasara, anak perempuan Saadom dan Noorkhiriah sebagai Munirah, isteri Saadom.[6][7][8]

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Oktober 2009 oleh Tayangan Unggul.[9] Ia menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan menjadi kejayaan komersial apabila ia meraih kutipan pecah panggung RM3.40 juta melepasi kos belanjawan RM1.44 juta. Ia meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22 termasuk Filem Terbaik, walaupun belum ditayangkan kepada umum ketika temasya berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos.[10][11][12] Kesinambungannya, Papadom 2 ditayangkan pada 14 Disember 2013.[13]

  1. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2009, Dicapai pada 16 Oktober 2009
  2. ^ "Papadom". Berita Harian. 4 Oktober 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  3. ^ Zainuri Misfar (9 November 2007). "Papadom filem terbaru Afdlin". Berita Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  4. ^ "Sentuhan Papadom". Metro Ahad. 27 September 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  5. ^ "Afdlin Shauki buat Papadom lepas Cuci". Berita Harian Singapura. 18 November 2007. m/s. 21.
  6. ^ Budiey (27 November 2007). "Sinopsis Filem Papadom Arahan Afdlin Shauki". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Oktober 2011.
  7. ^ Elrafaei Sapi (10 Ogos 2009). "Kekuatan dua beranak". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2009. Dicapai pada 3 November 2011.
  8. ^ "Sayang si bapa". Kosmo!. 27 September 2009.
  9. ^ "Papadom (2009) - Movie - Yahoo! Malaysia Movies". Malaysia.movies.yahoo.com. Dicapai pada 29 October 2009.
  10. ^ Metra Syahril Mohamed (1 Oktober 2009). "Mainan emosi dalam Papadom". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2011.
  11. ^ Tengku Elena Tengku Mahamad (8 Oktober 2009). "Dad in charge". New Straits Times. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  12. ^ "Dalam tawa spontan ada sindiran". Berita Minggu. 27 September 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  13. ^ "Papadom 2, karya terbaik Afdlin Shauki". mSTAR Online. 17 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2018. Dicapai pada 7 Februari 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne