Parameswara | |
---|---|
Sultan Melaka Pertama | |
Pemerintahan | 1402–1414 |
Didahului oleh | Kerajaan ditubuhkan |
Diikuti oleh | Megat Iskandar Syah |
Raja Singapura ke-5 | |
Pemerintahan | 1389–1398 |
Didahului oleh | Seri Maharaja |
Diikuti oleh | Kerajaan dibubarkan |
Keputeraan | 1344 Palembang |
Kemangkatan | 1414 (umur 70) Melaka, Kesultanan Melaka |
Pemakaman | Tanjung Tuan, Melaka atau Bukit Larangan, Singapura[1] |
Anakanda | Megat Iskandar Syah |
Kerabat | Melaka |
Ayahanda | Seri Maharaja |
Agama | Hindu Islam pada tahun 1414 |
Parameswara (Jawi: ڤرميسورا) , juga dikenali sebagai Iskandar Syah dalam Sulalatus Salatin, merupakan raja terakhir Kerajaan Temasek (Singapura) dan pengasas Kesultanan Melayu Melaka yang berketurunan Palembang. Menurut Sulalatus Salatin, baginda memerintah Kerajaan Temasek dari tahun 1389 hingga tahun 1398, kemudian melarikan diri ke ke muara Sungai Bertam pada 1402 setelah diserang oleh tentera laut Majapahit pada tahun 1389.
Dalam beberapa dekad, bandar baharu yang diasaskan baginda di muara Sungai Bertam itu berkembang dengan pesat dan menjadi ibu kota Kesultanan Melayu Melaka. Riwayat Portugis yang ditulis ratusan tahun selepas kemangkatan baginda mencadangkan bahawa baginda berasal dari Palembang dan takhta Kerajaan Temasek dirampas baginda sebelum dihalau dari Singapura, sama ada oleh orang Siam atau Kerajaan Majapahit sebelum mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.