Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Parliament (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Parlimen (Jawi: ڤرليمين , ejaan lama dan di Ind. parlemen)[1] merupakan majlis penggubal undang-undang sesebuah negara disidang para anggotanya dalam suatu badan tingkat disebut "dewan" (chamber).[2] Terdapat 2 jenis parlimen iaitu yang berdewan satu atau "ekadewan" (unicameral) dan yang dua atau "dwidewan" (bicameral); parlimen dwidewan terdiri daripada satu dewan bawah (di mana ahlinya dipilih dalam pilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik) dibuka atau dibubarkan seorang ketua negara.[3][4] Ada sistem lebih bertingkat banyak wujud seperti tridewan tetapi amat jarang.
Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom yang kadang-kala digelar "ibu segala parlimen" (Mother of Parliaments) kerana aturannya yang diterapkan dalam sistem Westminster diikuti banyak negara Komanwel.[5]