Pasar malam

Pasar Malam di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Pasar malam di Jurong Timur, Singapura.
Pasar malam di Hong Kong, China.

Pasar malam (Jawi: ڤاسر مالم) merupakan perniagaan konsep pasar atau bazar yang perniagaannya dimulakan pada waktu lewat petang sehingga pada lewat malam.

Ia merupakan pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.

Di pasar malam kebanyakan penjual menjual pelbagai jenis makanan tempatan, hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ayam, daging, hasil laut seperti ikan, sotong, terdapat juga mainan, pakaian, aksesori, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Ia menarik banyak pengunjung kerana harga barangan yang berpatutan. Kebiasaannya pasar malam hanya diadakan sekali seminggu di sesuatu kawasan, ini membolehkan peniaga berniaga di tempat yang berlainan pada setiap hari. Kebanyakan tapak pasar malam adalah di jalan raya di mana jalan akan ditutup semasa perniagaan berlangsung. Justeru itu, peniaga hanya menggunakan payung untuk meletakkan barang jualan dan akan dikemas setiap kali selepas habis berniaga. Tawar-menawar merupakan amalan biasa di gerai yang menjual pakaian dan aksesori.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne