Gelaran | The Three Lions | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak England | ||
Konfederasi | UEFA (Eropah) | ||
Ketua jurulatih | Gareth Southgate | ||
Kapten | Harry Kane | ||
Kaps terbanyak | Peter Shilton (125) | ||
Penjaring terbanyak | Wayne Rooney (53) | ||
Stadium tuan rumah | Stadium Wembley | ||
Kod FIFA | ENG | ||
Kedudukan FIFA | 5 ▼ 1 (20 Jun 2024)[1] | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 4 (Ogos–September 2012, September–Oktober 2021[1]) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 27 (Februari 1996[1]) | ||
Kedudukan Elo | 9 ▼ 3 (21 Jun 2024)[2] | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 1 (1872–1876, 1892–1911, 1966–1970, 1987–1988) | ||
Kedudukan terendah Elo | 17 (11 Jun 1995) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Scotland 0–0 England (Partick, Scotland; 30 November 1872) | |||
Kemenangan terbesar | |||
England 13–0 Ireland (Belfast, Ireland; 18 Februari 1882) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Hungary 7–1 England (Budapest, Hungary; 23 Mei 1954) | |||
Piala Dunia | |||
Kemunculan | 16 (Kali pertama pada 1950) | ||
Keputusan terbaik | Juara (1966) | ||
Kejohanan Eropah | |||
Kemunculan | 11 (Kali pertama pada 1968) | ||
Keputusan terbaik | Naib Juara (2020, 2024) |
Pasukan bola sepak kebangsaan England mewakili England dalam pertandingan bola sepak antarabangsa seperti Piala Dunia FIFA dan Kejohanan Eropah. Ia dikawal oleh Persatuan Bola Sepak England, badan pentadbir bagi bola sepak di England, yang bergabung dengan UEFA dan berada di bawah bidang kuasa global badan induk bola sepak dunia FIFA.[3][4] England bersaing dalam tiga kejohanan antarabangsa utama yang dipertandingkan oleh negara Eropah: Piala Dunia FIFA, Kejohanan Eropah UEFA dan Liga Negara-Negara UEFA.
England adalah gabungan pasukan kebangsaan tertua dalam bola sepak. Ia bermain dalam perlawanan bola sepak antarabangsa pertama di dunia pada tahun 1872, menentang Scotland. Stadium tuan rumah England ialah Stadium Wembley, London, dan ibu pejabat latihannya ialah di Taman St George, Burton upon Trent. Pengurus pasukan sekarang ialah Gareth Southgate.
England adalah salah satu daripada lapan negara yang telah memenangi Piala Dunia.[5] England telah layak ke Piala Dunia sebanyak 15 kali. Ia telah memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 1966, kejohanan yang turut dianjurkannya, dan menduduki tempat keempat pada 1990 dan 2018. England tidak pernah memenangi Kejohanan Eropah, dengan prestasi terbaiknya sehingga kini menjadi naib juara pada 2020. Sebagai sebuah negara United Kingdom, England bukan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan oleh itu tidak bertanding di Sukan Olimpik. England pada masa ini merupakan satu-satunya pasukan yang memenangi Piala Dunia tetapi tidak memenangi sebarang gelaran utama benua di peringkat senior, dan satu-satunya entiti bukan berdaulat yang memenangi Piala Dunia.