![]() | |||||||||||||||||
Gelaran | Gli Azzurri | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Persatuan | Persekutuan Bola Sepak Itali Federazione Italiana Giuoco Calcio (FIGC) | ||||||||||||||||
Konfederasi | UEFA (Eropah) | ||||||||||||||||
Ketua jurulatih | Luciano Spalletti | ||||||||||||||||
Kapten | Gianluigi Donnarumma | ||||||||||||||||
Kaps terbanyak | Gianluigi Buffon (154) | ||||||||||||||||
Penjaring terbanyak | Luigi Riva (35) | ||||||||||||||||
Kod FIFA | ITA | ||||||||||||||||
Kedudukan FIFA | 10 ▼ 1 (20 Jun 2024)[1] | ||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi FIFA | 1 (November 1993, Februari 2007, April-Jun 2007, September 2007) | ||||||||||||||||
Kedudukan terendah FIFA | 16 (April 1998, Oktober 2010) | ||||||||||||||||
Kedudukan Elo | 12 ▼ 3 (21 Jun 2024)[2] | ||||||||||||||||
Kedudukan tertinggi Elo | 1 (Jun 1934 – Mac 1940, Disember 1940 – November 1945, Julai–Ogos 2006) | ||||||||||||||||
Kedudukan terendah Elo | 21 (November 1959) | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Antarabangsa pertama | |||||||||||||||||
![]() ![]() (Milan, Itali; 15 Mei 1910) | |||||||||||||||||
Kemenangan terbesar | |||||||||||||||||
![]() ![]() (Brentford, England; 2 Ogos 1948) | |||||||||||||||||
Kekalahan terbesar | |||||||||||||||||
![]() ![]() (Budapest, Hungary; 6 April 1924) | |||||||||||||||||
Piala Dunia | |||||||||||||||||
Kemunculan | 18 (Kali pertama pada 1934) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Juara (1934, 1938, 1982, 2006) | ||||||||||||||||
Kejohanan Eropah | |||||||||||||||||
Kemunculan | 11 (Kali pertama pada 1968) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Juara (1968, 2020) | ||||||||||||||||
Piala Konfederasi FIFA | |||||||||||||||||
Kemunculan | 2 (Kali pertama pada 2009) | ||||||||||||||||
Keputusan terbaik | Tempat Ketiga (2013) | ||||||||||||||||
Anugerah
|
Pasukan bola sepak kebangsaan Itali (Itali: Nazionale di calcio dell’Italia ) adalah sebuah pasukan yang mewakili Itali dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), sebuah badan pentadbir untuk bola sepak di Itali. Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan kedua yang paling berjaya di dunia, iaitu berkedudukan di belakang Brazil. Mereka telah melakar sejarah apabila telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali (1934, 1938, 1982, 2006) Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah (1968 & 2020), memenangi pingat emas di pertandingan Kejohanan bola sepak Olimpik (1936) dan dua Piala Antarabangsa Eropah Tengah.
Warna tradisi bagi pasukan ini (juga bagi semua pasukan kebangsaan Itali dan atlet yang secara rasminya mewakili Itali) adalah biru azure[3] (azzurro, dalam bahasa Itali), berikutan "Azzurro Savoia" (Biru Savoy). Warna tersebut secara tradisinya berkait dengan dinasti diraja yang menyatukan Itali pada tahun 1861 dan kekal dalam standard rasminya melalui Presiden Itali.
Pasukan ini tidak mempunyai "stadium tuan rumah" yang tetap seperti pasukan kebangsaan yang tertentu. Tempat latihan utama terletak di ibu pejabat FIGC di Coverciano, Florence. Pasukan ini memainkan perlawanan tempatan mereka di pelbagai stadium di seluruh Itali.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan