Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

 Jepun
Shirt badge/Association crest
Gelaranサムライ・ブルー
(Samurai Biru)
Persatuan日本サッカー協会
(Persatuan Bola Sepak Jepun)
Sub-konfederasiEAFF (Asia Timur)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihHajime Moriyasu
KaptenWataru Endō
Kaps terbanyakYasuhito Endō (152)
Penjaring terbanyakKunishige Kamamoto (75)[1]
Kod FIFAJPN
Kedudukan FIFA 17 1 (20 Jun 2024)[2]
Kedudukan tertinggi FIFA9 (Februari 1998)
Kedudukan terendah FIFA66 (Disember 1992)
Kedudukan Elo 16 1 (21 Jun 2024)[3]
Kedudukan tertinggi Elo8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Kedudukan terendah Elo123 (September 1962)
Warna utama
Warna kedua
Antarabangsa pertama
 Jepun 0–5 Republik China Republik China
(Tokyo, Jepun; 9 Mei 1917)
Kemenangan terbesar
 Jepun 15–0 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 27 September 1967)
Kekalahan terbesar
 Jepun 2–15 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 10 Mei 1917)
Piala Dunia
Kemunculan7 (Kali pertama pada 1998)
Keputusan terbaikPusingan 2 (2002, 2010, 2018, 2022)
Piala Asia
Kemunculan11 (Kali pertama pada 1988)
Keputusan terbaikJuara (1992, 2000, 2004, 2011)
Copa América
Kemunculan2 (Kali pertama pada 1999)
Keputusan terbaikPusingan 1 (1999)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan4 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaikNaib Juara (2001)
Anugerah

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun (サッカー日本代表, Sakkā Nippon Daihyō) mewakili Jepun untuk sukan bola sepak dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), badan pentadbir bagi bola sepak di Jepun. Ketua jurulatih mereka ialah Hajime Moriyasu.

Jepun merupakan salah satu pasukan yang paling berjaya di Asia, setelah layak ke lima kejohanan Piala Dunia FIFA terakhir berturut-turut dan layak ke pusingan kedua pada tahun 2002 & 2010. Jepun juga telah memenangi Piala Asia dengan rekod empat kali pada tahun 1992, 2000, 2004 & 2011. Pasukan Jepun juga muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001.

Pasukan Jepun dikenali oleh peminat dan media sebagai Soccer Nippon Daihyō (サッカー日本代表), Nippon Daihyō (日本代表), atau Daihyō (代表) sebagai singkatan ungkapan. Walaupun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran rasmi, pasukan ini sering kali dikenali dengan nama pengurus. Contohnya, dibawah pengurusan Takeshi Okada, pasukan ini dikenali sebagai Okada Jepun (岡田ジャパン, Okada Jepun).[4] Baru-baru ini pasukan Jepun telah digelar sebagai "Samurai Biru", manakala media berita Jepun masih merujuk pasukan dengan nama akhir pengurus, dengan nama "Zaccheroni Jepun" (ザッケローニジャパン, Zakkerōni Jepun), atau "Zac Jepun" (ザックジャパン, Zakku Jepun) sebagai singkatan.

  1. ^ "Kunishige Kamamoto - Goals in International Matches". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 20 July 2020.
  2. ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  3. ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  4. ^ Nama samaran dilakukan dengan mengambil nama akhir penyandang ketua jurulatih diikuti dengan "Jepun". Pasukan lalu telah dirujuk sebagai, "Osim Jepun" (オシムジャパン, Oshimu Jepun), "Zico Jepun" (ジーコジャパン, Jīko Jepun), "Troussier Jepun" (トルシエジャパン, Torushie Jepun)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne