Paul Biya | |
---|---|
![]() Biya di Metropolitan Museum of Art (2009) | |
Presiden Cameroon | |
Menyandang jawatan 6 November 1982 | |
Perdana Menteri | Bello Bouba Maigari Luc Ayang Sadou Hayatou Simon Achidi Achu Peter Mafany Musonge Ephraïm Inoni Philémon Yang |
Didahului oleh | Ahmadou Ahidjo |
Perdana Menteri Cameroon | |
Dalam jawatan 30 Jun 1975 – 6 November 1982 | |
Presiden | Ahmadou Ahidjo |
Didahului oleh | Simon Pierre Tchoungui (Cameroon Timur) Salomon Tandeng Muna (Cameroon Barat) |
Digantikan oleh | Bello Bouba Maigari |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mvomeka'a, Cameroon Perancis (kini Cameroon) | 13 Februari 1933
Parti politik | Gerakan Demokrasi Rakyat |
Pasangan | Jeanne-Irène Biya (Sebelum 1992) Chantal Vigouroux (1994–kini) |
Tempat belajar | Sekolah Kebangsaan Pentadbiran Institut Pengajian Politik Paris |
Paul Biya (lahir Paul Barthélemy Biya'a bi Mvondo, 13 Februari 1933) ialah seorang ahli politik Cameroon yang telah menjadi Presiden Cameroon sejak 6 November 1982.[2][3] Lahir di selatan Cameroon, Biya meningkat naik dengan pantas sebagai birokrat di bawah Presiden Ahmadou Ahidjo pada 1960-an. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Presiden dari 1968 hingga 1975 dan kemudian sebagai Perdana Menteri Cameroon antara 1975 dan 1982. Beliau menggantikan Presiden Ahidjo yang meletak jawatan secara mengejut pada 1982 dan kemudian mengukuhkan kuasanya dalam perebutan kuasa 1983–1984 dengan pendahulunya itu.
Biya memperkenalkan pembaharuan politik dalam konteks sistem parti tunggal pada 1980-an. Di bawah tekanan, beliau menerima pengenalan politik berbilang parti pada awal 1990-an. Beliau menang tipis dalam pilihan raya presiden 1992 dengan 40% undian, namun selepas itu menang dengan majoriti besar pada 1997, 2004 dan 2011. Ahli politik lawan dan kerajaan luar Barat setiap kali pilihan raya akan mendakwa berlakunya ketidaktentuan dan penipuan pengundian.[4][5]
Dalam pilihan raya presiden terakhir pada Oktober 2011, Biya kekal untuk penggal keenam, mendapat 77.9% undian. Lawan terdekatnya John Fru Ndi mendapat cuma 10%.[6]