Paul Hausser | |
---|---|
Nama samaran | Papa |
Kelahiran | Brandenburg an der Havel | 7 Oktober 1880
Meninggal dunia | 21 Disember 1972 Ludwigsburg | (umur 92)
Disemadikan | Munich Waldfriedhof |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Waffen-SS |
Tahun perkhidmatan | 1892 – 1932 1934 – 1945 |
Pangkat | Oberst-Gruppenführer und Generaloberst der Waffen-SS |
Arahan | Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich Tentera Darat Ke-7 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Paul "Papa" Hausser (7 Oktober 1880 – 21 Disember 1972) ialah seorang pegawai tinggi dalam Tentera Darat Jerman, mencapai pangkat Leftenan Jeneral dalam Reichswehr. Selepas bersara dari Tentera Darat tetap beliau menjadi "bapa" (mendapat gelaran “Papa”) Waffen-SS dan salah seorang pemimpinnya yang terkenal. Berjuang dikedua-dua barisan Timur dan Barat dalam Perang Dunia II, beliau mengalami kecederaan parah sebanyak dua kali, kehilangan mata kanan dalam kejadian yang pertama. Selepas perang beliau menjadi anggota HIAG yang berusaha untuk memulihkan reputasi dan status undang-undang Waffen-SS.