Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim
Pekin semasa memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 pada 3 September 2016.
Kelahiran
Mohd Iznan bin Ibrahim

(1981-10-25) 25 Oktober 1981 (umur 43)
PendidikanIjazah Sarjana Pengurusan Industri Kreatif
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia (UUM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif2002–kini
PasanganMona Allen (k. 2018)
Anak-anak2

Mohd Iznan "Pekin" Ibrahim (lahir 25 Oktober 1981)[a] merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang Misteri (2004), diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir (2009), Skrip 7707 (2009), Al-Hijab (2011), Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013), Cerita Kita (2013), Coverina (2015), Kampung Drift (2016), Volkswagen Kuning (2016), Suatu Ketika (2019) dan Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys (2023). Kredit filem beliau yang lain termasuk komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), komedi muzikal Rock Oo! (2013), Lagenda Budak Hostel (2013), Tokan (2013), drama cereka sains Apokalips X (2014), Ophilia (2014), thriler seram Villa Nabila (2015),[3] Juvana 2 (2015), Jejak Warriors (2015),[4] drama aksi komedi Mat Moto (2016)[5][6] dan seram ghaib Munafik (2016).

Beliau mencapai banyak kejayaan pada 2016 apabila beliau telah memenangi Festival Filem Malaysia ke-28 melalui filemnya, Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit bagi Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan calon lain seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Aaron Aziz. Beliau juga berbakat dalam tarian dan muzik kerana pernah menganggotai kumpulan B-Boys dan Sevenwords.[7][8] Selain itu, Pekin juga bergiat aktif di teater dan telah menjayakan pementasan teater termasuk Tattoo Gestapo (2012) dan Dendam Laksamana (2017).


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Amirul Haswendy Hassan (17 Julai 2016). "Pekin kini penerbit". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-30. Dicapai pada 5 April 2017.
  2. ^ Marina Shabudin (4 November 2014). "Pekin Ibrahim tawan pawagam". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2014.
  3. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (11 Januari 2015). "Demi Villa Nabila, Pekin, Tisha gagahkan diri". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2015.
  4. ^ Pekin menangis kerana Jejak Warriors Sinar Harian (4 September 2015). Diperoleh pada 4 September 2015.
  5. ^ "Pekin Ibrahim: Bukan kerana duit". Sinar Harian. 11 Disember 2016. Dicapai pada 5 April 2017.
  6. ^ Noor Ainulyakin Ishak (5 Disember 2015). "Mat Moto percubaan pertama Pekin Ibrahim". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2016.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (23 Februari 2013). "Pekin tunggu reaksi bersama grup Sevenwords". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 3 April 2013.
  8. ^ Abdul Aziz Itar (29 Oktober 2011). "Ahli sufi inspirasi lagu Pekin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 3 April 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne