Pelabuhan Tanjung Pelepas ڤلابوهن تنجوڠ ڤلڤاس | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Jenis | Pelabuhan ![]() |
Laman sesawang | https://www.ptp.com.my/ ![]() |
Maklumat lokasi | |
![]() | |
Negara | Malaysia ![]() |
Lokasi | Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor |
Koordinat | 01°21′58.85″N 103°32′54.12″E / 1.3663472°N 103.5483667°E |
Jasad air terdekat | Sungai Pulai, Selat Johor ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang terletak di barat daya Semenanjung Malaysia merupakan pelabuhan yang kedua di negeri Johor dan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia.
PTP telah ditubuhkan pada 13 Mac 1999 dan telah memulakan operasinya pada 10 Oktober 1999. Pada 1999 PTP mengendalikan 20,696 TEU dan pada 2000 meningkat kepada 418,218 TEU. Pada 2003 pula meningkat kepada 3.87 juta TEU dan mengatasi Pelabuhan Klang di Malaysia. Pada tahun 2004 mengendalikan 4,020,421 TEU dan menjadi pelabuhan ke-18 paling sibuk di dunia. Pada 2005 PTP mengendalikan 4.2 juta TEU, dan 2006 mengendalikan kontena berjumlah 4.6 juta TEU.