Pelabuhan tersibuk dunia acap kali menjadi saingan kepada beberapa pelabuhan utama yang terdapat di dunia, ini disebabkan tiada piawaian khusus yang ditetapkan untuk menilai tahap kecekapan pengurusan dan trafik pada sesuatu pelabuhan. Pada dekat waktu sebelumnya, kedua-dua pelabuhan cemerlang dari segi penerimaan kapal, pengurusan trafik dan kawalan keselamatan iaitu Pelabuhan Rotterdam dan Pelabuhan Singapura telah bersaing untuk memikul gelaran "Pelabuhan tersibuk dunia". Dahulunya penakrifan pelabuhan tersibuk dunia berasaskan pengukuran berat kargo yang dikendalikan (jumlah berat barangan yang diisi dan dipunggah), manakala kedudukan dalam segi tanan perkapalan yang dikendalikan (jumlah kapal yang dikendalikan). Sejak tahun 2005, Pelabuhan Shanghai telah melebihi kedua-dua pelabuhan untuk mengambil gelaran berikutan berat kargo yang diuruskan.[1][2][3]