Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin
Dianugerahkan untuk "Persembahan pelakon wanita dalam watak pembantu / penyokong atau undangan dalam sesebuah drama televisyen di Malaysia"
Diberikan  Sistem Televisyen Malaysia Berhad
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1994 (untuk persembahan lakonan TV pada tahun edisi 1994)
Pemenang pertama Anne Ngasri,
Anak Angkat (ASK1994)
Kini dipegang oleh Amyza Aznan,
Batik Zakiah (ASK2019)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin yang dianjurkan secara tahunan (pernah secara dwitahunan) oleh Sistem Televisyen Malaysia di bawah Media Prima Berhad yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam watak pembantu menerusi medium drama TV. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut. Penyertaan untuk kategori ini dinilai daripada drama-drama yang ditayangkan di saluran di bawah Media Prima (TV3, ntv7, 8TV dan TV9), saluran di bawah Radio Televisyen Malaysia (TV1, TV2), saluran di bawah ASTRO (Ria, Prima, Oasis, Citra dan Mustika), TV Al Hijrah serta HyppTV.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) yang diberikan kepada pelakon lelaki.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne