Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Oktober 2024) |
Tarikh | Oktober 20, 2024 |
---|---|
Lokasi | Kompleks Parlimen, Jakarta |
Dianjurkan oleh | Majlis Permesyuaratan Rakyat |
Hadirin | Prabowo Subianto Presiden Indonesia ke-8 Gibran Rakabuming Naib Presiden Indonesia ke-14 — Memegang jawatan Joko Widodo Presiden Indonesia ke-7 Ma'ruf Amin Naib Presiden Indonesia ke-13 — Meninggalkan jawatan |
| ||
---|---|---|
Presiden Indonesia ke-8 Sebelum presiden Keluarga
Galeri: Gambar, Bunyi, Video |
||
Pelantikan Prabowo Subianto sebagai presiden Indonesia kelapan berlangsung pada Ahad, 20 Oktober 2024, di Kompleks Parlimen di Jakarta.[1][2] Pelantikan ini menandakan bermulanya penggal lima tahun Prabowo Subianto sebagai presiden dan Gibran Rakabuming sebagai naib presiden.
Tiket Prabowo–Gibran memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan 58.59% undian melawan dua pasangan lawannya, Anies–Muhaimin dan Ganjar–Mahfud. Pada usia 73 tahun, 3 hari pada hari pelantikan, Prabowo menjadi orang tertua yang memegang jawatan presiden Indonesia, manakala naibnya, Gibran, menjadi orang termuda yang memegang jawatan naib presiden Indonesia pada usia 37 tahun, 19 hari.