Pemerintah Bersekutu Tertinggi (Supreme Allied Commander) ialah jawatan yang disandang oleh komander paling kanan dalam pakatan tentera multinasional tertentu. Ia bermula sebagai satu istilah yang digunakan oleh Sekutu Barat semasa Perang Dunia II, dan pada masa ini hanya digunakan dalam NATO untuk Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah dan Pemerintah Bersekutu Tertinggi Transformasi.